Tuesday, December 14, 2010

membentuk kempipinan yang berkemampuan!

ini adalah sambungan cerita dan harapanku dalam azam maal hijrah!.
aku ada menulis mengenai transformasi yang ingin aku laksanakan dalam kempipinan kelas aku.
oleh itu, aku mahu transformasi ini akan dapat membentuk kempipinan yang berkebolehan dan mampu memberi perkhidmatan yang baik pada rakan kelas yang lain.

persoalannya bagaimana?
mereka yang menjadi sebahagian jentera kempipinanku akan diberi pendedahan dan taklimat mengenai apakah misi dan visi kempipinan aku pada kali ini. tambahan pula,mereka akan diberi tugasan untuk merancang dan melaksanakan program yang akan dilaksanakan mengikut bahagian exco yang telah ditetapkan.

mereka juga dibenarkan membuat keputusan untuk memikirkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dalam peringkat exco tanpa dicampuri oleh  pihak tertinggi kempipinan.

aku akan menggunakan konsep PRICE
p - planning
R- respond
I- implementation ( pelaksanaan)
C- control ( mengawal)
E- evaluation ( penilaian)

dengan adanya konsep ini, ia akan bertindak sebagai landasan atau laluan kepada exco untuk membuat program dengan baik serta dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran jentera kempipinanku.
mereka juga akan diberi kebebasan untuk bersuara serta melaksanakan program namun ia mestilah mengikut keperluan dan kesesuaian. kebebasan yang diberi tidak perlu ditafsir dan diamal secara salah dan negatif. bagi mengelakkan berlakunya salah faham mengenai konsep kebebasan, mereka ini akan dipantau oleh aku sebagai ketua. kebebasan bersuara hanya boleh diluahkan dalam bentuk fakta dan tidaklah melibatkan sensitiviti orang lain. tambahan pula, konsep musyawarrah akan dilaksanakan bagi mencapai konsep kebebasan tadi.

setiap program yang dirangka haruslah mempunyai matlamat dan objektif serta perlu melibatkan penyertaan yang positif. apa yang paling penting adalah pengisiannya yang sungguh bermakna dan dapat diterima oleh pelajar. mungkin dana dan peruntukkan kewangan yang tidak mengizinkan serta terbatas,ia akan menyulitkan kami untuk melaksanakan program yang telah dirancang. oleh itu, aku terpaksa memikirkan kaedah dan alternatif lain untuk aku memperolehi dana dan kewangan. semua itu, haruslah bermula dengan kempipinan yang berkebolehan dan mampu memikirkan langkah penyelesaian untuk masalah ini.

aku tidak sekali akan meletakkan beban kepada barisan exco yang telah dilantik. aku akan sentiasa membantu mereka dengan sedaya upaya aku untuk menjayakan program yang bakal dilaksanakan. namun begitu, aku sentiasa memberi komitmen yang penuh kepada mereka dan mereka tidaklah seolah-olah lepas tangan kerana aku telah bersama-sama membantu rakan-rakanku.

dengan adanya langkah awal ini!aku yakin , impian dan harapan aku untuk membentuk kempipinan yang berkebolehan dan mampu memberi khidmat yang cemerlang kepadarakan-rakan lain akan tercapai sebelum aku memikirkan bagaimana untukmenjayakan transformasi kempipinan kelas pertama.

sekian..... ziefy

azam maal hijrahku!

Azam maal hijrah aku untuk kali ini adalah aku mahu berubah dari segi cara dan gaya pemikiran aku!
aku mahu berfikir mengenai kemajuan diri. Tambahan pula, aku mahu gaya pemikiranku yang lebih meluas dan matang! ini kerana, aku merasakan tahun depan merupakan tahun yang sangat mencabar dan menguji diri aku dari segi pemikiran dan sikapku terhadap orang yang berada disekelilingku. 

kenapa aku mahu gaya dan cara pemikiranku lebih meluas dan matang?
 secara jujurnya, aku pada semester hadapan merupakan seorang pelajar yang sekali lagi diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah kelas yang penuh dengan ragam dan masalah. hu3.. oleh itu, misi aku kali ini adalah untuk membuat perubahan kepada kempipinan kelas dan pelajar-pelajar. so, untuk mencapai misi ini, aku harus memastikan aku sentiasa bersedia dan perlu langkah sehadapan sebelum kawan-kawan2 ku yang lain.
sehubungan dengan perkara itu, gaya pemikiranku harus berubah dan selangkah lebih maju! 

tapi persoalannya, adakah aku mampu menghadapi dugaan yang akan aku hadapi semasa aku menjalani proses transformasi ini?
aku selalu memikirkan masalah ini. bagiku, aku tidak boleh melakukan secara bersendirian. kerana transformasi ini melibatkan semua orang yang berada didalam kelas aku! bagiku tidak akan ada seorang pun yang akan tertinggal atau dipinggirkan dalam aku sibuk menjayakan proses transformasi ini. oleh itu, aku harus mempersiapkan jentera kempipinan yang mantap dan mampu berkhidmat serta boleh berubah seiring dengan apa yang dikehendaki oleh aku! 

bila difikirkan balik, agak payah rupanya, mereka yang menjadi jentera kempipinanku adalah mereka yang belum  berpengalaman dalam dunia kempipinan! apa yang aku lihat, mereka masih tidak sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka  serta ada diantara mereka yang belum bersedia untuk menjadi sebahagian orang penting dalam kelas.. aduyai!! ini akan menyulitkan kerjaku mereka ini adalah mereka yang telah berjaya mendapat mandat oleh pelajar lain melalui proses pilihanraya. oleh itu, aku terpaksa menyediakan  dua program pembangunan iaitu :

- membentuk kempipinan yang berkebolehan 
- mentransformasikan minda pelajar.

dua program ini perlu dilaksanakan dengan segera! kerana selepas ini, mereka akan menghadap kehidupan dunia realiti. oleh itu, mereka harus dipersiapkan dengan segala pengetahuan dan kemahiran agar mereka boleh menghadapi cabaran dan dugaan yang akan mereka tempuhi dalam latihan industri.

apa yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum mereka  didedahkan dengan  transformasi iaitu mereka perlu bersatu padu dan mereka kena sedia berkorban serta sanggup menghadapi dan menerima perubahan. ini juga memerlukan satu idea yang mantap agar objektif ini tercapai dan sekaligus aku boleh melaksanakan proses transformasi.